Wednesday, July 23, 2008

Show Majlis Makan Malam Persatuan Sejarah M'sia Cawangan Sabah


Tanggal 17 Julai 2008 lepas telah menyaksikan Kelab P.A.C/exoPACtic melaksanakan persembahan berbayar pertamanya pada Majlis Makan Malam Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sabah bersempena dengan pelancaran majalah pertama persatuan tersebut iaitu “Warkah Sejarah” di Dewan Sri Semporna, Kompleks Tabung Haji Sabah. Majlis itu sepatutnya dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Perlancongan dan Alam Sekitar Sabah iaitu Y.A.B. Datuk Masidi Manjun tetapi telah diwakilkan kepada timbalannya. Seramai 12 orang ahli Kelab P.A.C/exoPACtic telah terlibat didalam menjayakan persembahan pada malam itu iaitu Morey, Syaiful, Napi, Reza, Raidah, Irma, Irish, Esther, Ayu, Cilin, Jess dan Trasy. Tarian-tarian yang dipersembahkan ialah tarian Monggigol Sumundai dan juga Sumazau.

Tuesday, July 22, 2008

The beginning.....

Kelab P.A.C atau singkatan daripada Performing Art Club telah ditubuhkan pada tahun 2001.